Wednesday, May 20, 2015

Rami lelaki matang – Ramona

Rami lelaki matang – Ramona
May 20th 2015, 19:32

HIBURAN

Get Adobe Flash player

Rami lelaki matang – Ramona

Rami lelaki matang – Ramona


Sewaktu tiba di hadapan sebuah banglo mewah di Kayangan Heights, Subang Permai pada petang Jumaat lalu, kawasan parkir dipenuhi deretan kenderaan. Riuh-rendah suara tetamu yang boleh didengar dari halaman rumah menandakan satu majlis besar bakal berlangsung pada hari itu. Di hadapan pintu pagar, terpampang sehelai kain rentang. Di situ tertulis maklumat mengenai majlis perkahwinan antara pelakon cantik Ramona Zamzam dengan pasanganya, lelaki berasal dari Palestin bernama Rami Alashka.

Susunan bunga segar berwarna putih dan merah memenuhi segenap ruang. Sederhana namun cukup menambat hati, itulah reka letak pelamin yang menyaksikan penyatuan dua hati dari dua negara.

Ramona, atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd. Zamzam selamat bergelar isteri dengan sekali lafaz kepada Rami, 27, pada pukul 3.48 petang. Diijabkabulkan oleh ayah sendiri, Mohd. Zamzam Mohd. Ashraff, Ramona yang anggun menyarung busana berwarna hijau tirus tidak dapat menahan air mata daripada keluar saat akad nikah selamat dilafazkan.

Menerima mas kahwin berjumlah RM300, pihak pengantin perempuan menyerahkan dulang hantaran sebanyak tujuh terdiri daripada set wangian, sepasang baju Melayu dan manisan. Pihak lelaki pula membalas dengan lima dulang hantaran yang terdiri daripada set barangan kemas, set wangian, telekung, al-Quran dan manisan.

Lega

Usai majlis akad nikah berjalan dengan lancar pada petang itu, Ramona yang kelihatan anggun menyarung busana rekaan Azura Couture sebenarnya menyimpan perasaan gementar menghitung detik dia disatukan dengan suami.

"Siapa yang tidak takut. Ini pengalaman pertama saya bergelar isteri sudah tentu gementar untuk menunggu majlis akad dan nikah berlangsung. Namun, selepas segalanya selesai, saya sangat lega. Tidak tergambar perasaan saya selepas selamat disahkan menjadi isteri Rami.

"Pada saya, ikatan perkahwinan merupakan perkara penting. Lega juga sebenarnya kerana bersyukur niat dan perancangan saya untuk membina sebuah mahligai bahagia yang suci bersama Rami telah termakbul," ujar Ramona tersenyum bahagia.

Mengakui dia bukan seorang wanita yang memilih dalam mencari pasangan hidup, sambil ketawa ceria, Ramona memberitahu, sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia muda, dia tidak langsung meletakkan kriteria yang terperinci terhadap bakal suaminya.


"Jujur, memang saya tidak kisah siapa suami saya. Dari mana, bagaimana sikapnya, kacak atau tidak. Itu semua tidak penting. Apabila saya dikurniakan seorang lelaki dari negara lain, saya juga tidak kisah. Bagi saya, jodoh itu rahsia Tuhan. Saya terima seadanya apa yang telah ditentukan oleh Dia.

"Rami juga sudah lama menetap di Malaysia, jadi jiwa Melayu kini sudah meresap dalam dirinya. Kalau mahu tahu, dia juga ada nama Melayu. Rakan-rakannya menggelarkan dia Ramli," seloroh Ramona ceria.

Memahami, tenang

"Saya mula tertarik dengan Ramona pada waktu kami masing-masing sedang mengikuti pengajian di SEGi University di Kota Damansara. Namun, saya tidak pernah mendekati dia dan hanya melihat dari jauh.

"Dua tahun kemudian, kami bertemu di Rasta, TTDI, Damansara gara-gara Ramona kehilangan telefon yang baru dibelinya. Selepas berbulan lamanya, barulah kami dapat berkenalan dengan serius," itu cerita Rami mengenai kisah cinta mereka.

Saat diusik dengan soalan-soalan mencuit hati mengenai alam berumah tangga, kedua-duanya ketawa besar. Terkadang melontarkan bicara dalam bahasa Melayu, Rami dilihat sengaja mengusik Ramona saat ditanya apakah kriteria yang membuatkan dia tertarik kepada wanita kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu.

"Dia sangat cantik dan peramah orangnya. Selama berkawan dengan dia, saya sangat selesa kerana sebagai seorang wanita, dia ada tarikan yang tersendiri. Malah, yang membuatkan saya kagum dengannya kerana dia seorang wanita yang sangat berdikari," tutur Rami yang bekerja dalam bidang pemasaran di sebuah syarikat di ibu kota.

Bagi Ramona pula, Rami seorang yang sangat matang, tenang dan memahami keadaan dirinya. Itu perkara yang mencuri hati wanitanya untuk menerima kehadiran lelaki itu sebagai imam dalam hidupnya.

"Senang cerita, Rami bukan macam lelaki lain. Dia ada sesuatu yang istimewa. Dalam melakukan sesuatu perkara, dia tidak pernah membuat keputusan atau perbuatan yang terburu-buru.

"Seperti contoh, dengan kawan-kawan lelaki lain yang rapat dengan saya, dia tidak pernah melahirkan rasa cemburu. Dia faham hubungan yang terjalin itu hanya atas dasar kawan. Malah, yang lebih penting, dia percayakan saya seratus peratus.

"Saya sangat senang dengan sikap dia, sebab itu selama perhubungan kami, tidak banyak masalah yang timbul. Sifat kematangan yang ada pada dia membuatkan hubungan kami berjalan dengan baik. Alhamdulillah," tuturnya ceria.

Ramona juga berkongsi bahawa suaminya sangat mudah menerima makanan Melayu. Berilah apa sahaja makanan, pasti tidak akan ditolak lelaki itu.

"Dia sangat senang. Dia akan makan apa sahaja, kecuali durian dan tempoyak. Jadi, ia akan memudahkan saya selepas ini untuk menyediakan makanan untuknya," ujar Ramona ceria.

Bulan madu dan resepsi


Ditanya mengenai perancangan keluarga, Rami dan Ramona sepakat untuk tidak memikirkan soal cahaya mata dalam waktu terdekat memandangkan majlis resepsi mereka akan dilangsungkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Kongsi Ramona, majlis resepsi belah pengantin perempuan akan diadakan di Tapah, Perak pada 6 Jun manakala bagi pihak lelaki pula akan diadakan pada 19 September depan di Kuala Lumpur.

"Disebabkan kami mahu mengadakan majlis resepsi pada bulan Jun dan September, maka soal anak masih belum difikirkan buat masa sekarang. Lagi pula, kami tidak mahu terburu-buru menimang cahaya mata dalam waktu terdekat. Biarlah masa yang menentukan. Namun, andai kata ada rezeki dalam masa terdekat, kami tidak menolak.

"Berkenaan majlis resepsi belah lelaki yang akan diadakan lewat iaitu pada bulan September, kami sebenarnya ada sebab tersendiri. Pihak keluarga Rami menghadapi sedikit masalah untuk datang ke Malaysia dalam waktu terdekat.

"Di Yemen sedang berlaku pergolakan. Bom di sana sini. Jadi agak sukar untuk mereka datang ke sini dalam kadar segera. Sebab itu, kami terpaksa menunggu sehingga September untuk bertemu. Sebelum ini pun saya hanya berhubung dengan keluarga Rami menerusi aplikasi Skype sahaja," terang Ramona dengan lanjut.

Pasangan itu merancang untuk berbulan madu di Bali, Indonesia dan negara Eropah jika keadaan mengizinkan.

Kata Ramona, bulan madu ke Bali mungkin akan dilakukan pada tahun ini memandangkan dia sudah lama mengimpikan untuk ke sana, manakala bulan madu ke Eropah dijangka pada tahun depan.

Lakonan

Atas dasar kesibukan dengan kerja, pasangan itu terpaksa menunggu lama untuk berbulan madu. Hal ini kerana selepas 10 hari bernikah, Ramona akan kembali ke set penggambaran bagi sebuah drama terbitan Astro Ria.

"Saya hanya ada masa 10 hari untuk diluangkan bersama suami. Selepas itu, akan kembali sibuk dengan aktiviti seni. Sebab itu pada majlis pernikahan hari ini, saya tidak memakai inai pada jari. Pihak produksi meminta saya untuk tidak memakainya kerana risau warna inai tidak akan hilang dalam tempoh 10 hari.

"Disebabkan kerja, saya tidak kisah. Apa yang penting dalam perkahwinan adalah majlis akad nikah sahaja," tuturnya yang akan menetap di Ara Damansara, Damansara selepas ini.


unsubscribe from this feed

No comments:

Post a Comment